Di sebalik keazaman yang dilaungkan kem Harimau Malaya untuk berdepan Republik Kyrgyz dalam aksi kelima pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek malam esok, status penjaga gol yang akan diturunkan masih menjadi tumpuan peminat ketika ini.
Ini selepas ketiadaan penjaga gol utama, Syihan Hazmi Mohamed, yang terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan.
Tiga penjaga gol yang dibawa bagi tugasan kali ini ialah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Azri Ghani dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Mengulas mengenai situasi itu, bekas jurulatih penjaga gol negara, Azmin Azram Abdul Aziz, yang pernah menyarung jersi kebangsaan dari era lewat 90-an hingga awal 2000, mempunyai cadangan alternatif buat ketua jurulatih, Kim Pan-gon.
"Yang pertama, kita perlu lihat perwatakan ketiga-tiga penjaga gol yang kita ada," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhemli Zainal Azam.
"Selain itu, apa penetapan minda mereka untuk perlawanan yang betul-betul penting buat pasukan kita ini.
"Saya faham kalau kita lihat balik kedudukan Republik Kyrgyz, Oman dan juga kita, perbezaannya hanya tiga mata tetapi perlawanan kali ini, kita tidak boleh kalah dan Kyrgyz pasti akan menyerang.
"Apa perancangannya, ia tugas barisan kejurulatihan tetapi apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah penjaga gol itu sendiri.
"Saya yakin ia sudah dipersiapkan dengan sebaik mungkin oleh bahagian penjaga gol, iaitu jurulatih penjaga gol.
"Jika tanya saya secara peribadi, saya akan memilih Kalamullah tetapi jika kita lihat balik sejak Kim Pan-gon mengambil alih, ketiga-tiga penjaga gol ini sentiasa dipanggil.
"Jadi, tiada masalah untuk mereka memahami cara permainan dan falsafah Kim Pan-gon.
"Ini adalah masa untuk mereka menonjolkan perwatakan yang sebenar sebagai penjaga gol apabila Syihan tidak ada," katanya.