Pertahanan negara, Syazwan Andik Mohd Ishak, bertekad untuk mengekalkan reputasinya sebagai pertahanan kiri nombor satu negara walaupun menerima saingan hebat daripada rakan sepasukan, La'Vere Corbin-Ong, bagi aksi play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.
Syazwan yang mesra disapa 'Pelo' dilabel pertahanan kiri nombor satu negara berdasarkan penampilannya bersama skuad kebangsaan sejak tahun lalu.
Sering menjadi taruhan pengendali negara, Tan Cheng Hoe, pemain kelahiran Skudai, Johor, itu cemerlang ketika membantu Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2018.
Namun, kali ini Pelo berdepan persaingan hebat untuk mengekalkan posisinya itu susulan kehadiran Corbin-Ong yang juga rakan sepasukannya di Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Corbin-Ong kerap beraksi di peringkat kelab tetapi saya akan tetap berikan saing dalam merebut tempat utama.
"Sudah semestinya saya berasa tergugat sebab dia lebih kerap beraksi selain menampilkan persembahan yang baik dalam liga," kata bekas pertahanan Kuala Lumpur itu.
Pelo dan rakan seperjuangannya kini giat menjalani latihan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal di Bukit Jalil, Ahad ini.
Pemain berusia 23 tahun itu mengakui kemenangan dalam perlawanan itu penting sebagai tonik terbaik buat pasukannya bertemu Timor Leste.
"Pasukan kebangsaan dalam keadaan yang baik dan saya harap kami dapat mencapai kemenangan dalam aksi persahabatan dengan Nepal.
"Ia salah satu perlawanan yang penting sebagai persiapan kami menghadapi aksi play-off kelayakan Piala Dunia 2022," katanya lagi.