Kelayakan Piala Dunia: Stadium Cheras tuan rumah untuk Palestin hadap Jordan

Najmi Iman
Ogos 8, 2024 16:28 MYT
Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) memilih Malaysia sebagai tuan rumah perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang naib juara Piala Asia 2023, Jordan, pada 10 September depan.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, dijadikan sebagai venue neutral bagi aksi kedua Kumpulan B susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza.
Selepas perbincangan diadakan oleh dua badan induk itu, FAM meluahkan rasa bertuah kerana diberikan keutamaan untuk mengelolakan perlawanan tersebut sebagai gelanggang rasmi selain menyatakan sokongan penuh dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang skuad Palestin berada di sini.
#bola sepak #kelayakan Piala Dunia #Jordan #PFA #Palestin #Stadium Cheras
;