Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo pecahkan rekod Ali Daei ketika Portugal atasi Republik Ireland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
PORTUGAL 2 REPUBLIK IRELAND 1

Cristiano Ronaldo menjadi pemain lelaki yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa apabila dua jaringannya pada lewat permainan memastikan Portugal bangkit menewaskan Republik Ireland 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A, pusingan kelayakan Piala Dunia di  Estadio Do Algarve awal pagi tadi.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang baru sahaja melengkapkan kepulangannya ke Manchester United minggu ini, pada awalnya terlepas peluang untuk mengatasi rekod legenda Iran, Ali Daei, selepas sepakan penaltinya diselamatkan Gavin Bazunu.

Republik Ireland kendalian Stephen Kenny kelihatan memanfaatkan kegagalan itu apabila John Egan meletakkan mereka di depan sebelum menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, Ronaldo membuktikan bahawa perlawanan itu akan berakhir dengan memihak pasukannya apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89 -- jaringan yang membolehkannya memecahkan rekod dunia dengan 110 gol -- sebelum memastikan kemenangan bersejarah dengan satu lagi tandukan gemilangnya dalam waktu kecederaan.
   

Advertisement

Must Watch Video