Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Pukki menangis pada aksi terakhir bersama Finland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pukki.jpg
Legenda Finland, menoktahkan perjalanan di pentas antarabangsa dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Malta semalam. 

Pukki menutup karier pentas antarabangsa selaku penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Finland, mengatasi rekod yang dipegang oleh Jari Litmanen dengan 42 gol.

Hadir ke dalam perlawanan selaku pemain gantian, Pukki tidak berjaya mendapatkan gol dalam aksi terakhir ketika Finland tewas kepada Malta 1-0 menerusi gol Jake Grech pada minit ke-82. 

Dan selepas tamat perlawanan, Pukki kelihatan mengalirkan air mata ketika memberikan lambaian terakhir buat peminat Finland.

131 kaps yang dimiliki menyaksikan Pukki kini diletakkan sebagai salah seorang pemain paling berjaya buat Finland. 

Ketika ini, dia masih lagi beraksi di peringkat kelab bersama HJK.

 

Advertisement

Must Watch Video