Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Stuart Wilkin bawa misi balas dendam berdepan Oman di Bukit Jalil
Muhammad Saufi
Mac 23, 2024 20:07 MYT
Mac 23, 2024 20:07 MYT
Perancang tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, memberi bayangan bakal menjanjikan aksi kebangkitan dalam pertemuan kedua menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac ini.
Tonggak Sabah itu mengakui episod duka di bumi Muscat tempoh hari perlu dilupakan segera dan mengambil pelajaran dalam memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi keempat minggu depan.
Dia beraksi baik pada separuh masa pertama sebelum dikeluarkan pada babak kedua permainan dan menyaksikan skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan 0-2.
10,488 TIKET TELAH TERJUAL! 3️⃣ hari lagi menjelang perlawanan keempat Kumpulan D, Kelayakan #FIFAWorldCup #AsianCup2027 Malaysia lwn Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024. Dapatkan tiket di https://t.co/5sQSR178rH sekarang!#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/JHdIS29k4n
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga ketiga Kumpulan D berkongsi enam mata bersama Oman dan Krygyzstan, namun hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan sahaja.
"Saya merasakan kami boleh pelajari taktik yang mereka gunakan ketika menewaskan kami dan cuba untuk perbaiki setiap sudut kelemahan tersebut.
"Saya pasti kami boleh mengalahkan pasukan lawan nanti memandangkan kami juga pernah beraksi dalam perlawanan yang bertaraf tinggi sebelum ini.
"Kami berharap dapat melupakan perlawanan bertemu Oman sebelum ini dan fokus dalam aksi kedua untuk mendapatkan keputusan yang baik di Stadium Bukit Jalil nanti." katanya.