Dalam perlawanan menentang Republik Kyrgyz dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishek menyaksikan skuad Harimau Malaya mampu mengikat tuan rumah dengan keputusan akhir 1-1.

Walaupun sekadar memungut satu mata sahaja, namun para penyokong tegar yang hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan di skrin besar meluah pendapat tersendiri akan pertembungan sengit itu.

Untuk rekod, perlawanan tersebut memperlihatkan semangat juang tinggi pemain-pemain Harimau Malaya meskipun menghadapi tekanan bermain di hadapan ribuan penyokong tuan rumah.





"Dengan persembahan bermain di tempat lawan, saya berpuas hati sebagai penyokong.

"Kebanyakkan pemain utama tiada, keseluruhannya semua pemain bermain dengan baik.

"Kita memang berharap sepenuhynya dalam satu lagi aksi jika ingin melayakkan diri, kena perlu menang besar berdepan Chinese Taipei dan saya harap ia berpihak pada kita." katanya penyokong yang hadir.