Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jentera serangan Harimau Malaya perlu kerja 'overtime' --  Zaquan Adha

Muzaffar Musa
Jun 11, 2024 17:14 MYT
Bekas penyerang negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, mengakui jentera serangan Harimau Malaya perlu kerja 'overtime' untuk menewaskan Chinese Taipei dengan kemenangan besar dalam aksi terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional bukit Jalil malam ini.
Bekas kapten negara itu menegaskan barisan depan perlu melakukan tekanan ke atas pertahanan lawan sejak awal permainan dan menyempurnakan peluang menerusi gerakan bola mati.
Dalam wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Zaqwan Adha turut berpandangan bahawa penyerang Terengganu, Safawi Rasid, perlu diturunkan dalam pertemuan kali ini.
Harimau Malaya memerlukan kemenangan besar ke atas Chinese Taipei malam ini untuk mengatasi kedudukan Republik Kyrgyz sambil berharap pesaing berkenaan tewas kepada Oman.
Saksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena 801 & 803 dan strim di Astro Go bermula dengan prarancangan pada jam 8 malam ini.
Kepada anda yang mahu menghulurkan bantuan, boleh salurkan di nombor akaun di bawah:
Maybank: 1640 5235 4124
Noorsuzilawati Binti Mohd Noor

Striker kena kerja 'overtime' lawan Chinese Taipei, pressing dari awal untuk dapatkan gol dan Safawi Rasid jadi pilihan Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai penyerang yang perlu diturunkan malam ini! ?@ASTROARENA pic.twitter.com/PV2uJFqMHA

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia #Safawi Rasid #Zaquan Adha Abdul Razak