Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya terpaksa lupakan khidmat Syafiq Ahmad


Mei 27, 2024 18:38 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, terpaksa melupakan sentuhan penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad, yang dilanda kecederaan.
Kali terakhir Syafiq turun beraksi mewakili kelab Hijau Kuning adalah dalam kekalahan Liga Super di Perak, kelmarin tetapi dikeluarkan pada awal separuh masa kedua sebelum ditukarkan dengan Fayadh Zulkifli.
Sehubungan itu, pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya yang dalam Senarai Bersedia telah dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat 26 pemain kem kebangsaan yang bermula hari ini.

Zhafri Yahya Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya ▶️ Baca penuh di https://t.co/LZOpJefHCw#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/KApEK4T8Nh

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia sebagai persediaan untuk menghadapi baki dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz, di tempat lawan Khamis depan dan Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian.
#Harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
;