Kali terakhir Syafiq turun beraksi mewakili kelab Hijau Kuning adalah dalam kekalahan Liga Super di Perak, kelmarin tetapi dikeluarkan pada awal separuh masa kedua sebelum ditukarkan dengan Fayadh Zulkifli.
Sehubungan itu, pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya yang dalam Senarai Bersedia telah dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat 26 pemain kem kebangsaan yang bermula hari ini.
Zhafri Yahya Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2024
▶️ Baca penuh di https://t.co/LZOpJefHCw#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/KApEK4T8Nh
Ia sebagai persediaan untuk menghadapi baki dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz, di tempat lawan Khamis depan dan Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian.