Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Dua jam sebelum sepak mula, ini keadaan terkini padang SNBJ selepas hujan

Muzaffar Musa
Jun 11, 2024 18:51 MYT
Menjelang aksi terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di antara Harimau Malaya dan Chinese Taipei malam ini, ini keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Harimau Malaya tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan besar ke atas Chinese Taipei dan berharap Republik Kyrgyz akan tewas kepada Oman dalam satu lagi perlawanan untuk layak ke pusingan ketiga.
Dua jam sebelum pertemuan penting itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsi keadaan terkini padang SNBJ, yang dilaporkan sedang dibasahi hujan ketika ini.

Terkini dari SBBJ : Kurang 3 jam sebelum sepak mula, hujan lebat di sekitar Bukit Jalil membawa kepada keadaan padang yang basah selain, kehadiran penyokong agak perlahan.@ASTROARENA pic.twitter.com/lz1WY4Fjct

— FinaNasrom (@fnasrom) June 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia #SNBJ