Menjelang aksi terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di antara Harimau Malaya dan Chinese Taipei malam ini, ini keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Harimau Malaya tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan besar ke atas Chinese Taipei dan berharap Republik Kyrgyz akan tewas kepada Oman dalam satu lagi perlawanan untuk layak ke pusingan ketiga.

Dua jam sebelum pertemuan penting itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsi keadaan terkini padang SNBJ, yang dilaporkan sedang dibasahi hujan ketika ini.