Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Declan Lambert sasar berada dalam kesebelasan utama

Saufi Tahir
Mei 28, 2024 19:32 MYT
Pemain pertahanan Kuala Lumpur City, Declan Lambert, meletakkan sasaran untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dalam baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.
Dia optimis kelebihannya yang mampu bermain dibahagian pertahanan kanan dan kiri merupakan satu kelebihan yang perlu diberikan perhatian oleh jurulatih skuad negara Kim Pan-gon.
Nama pemain berusia 25 tahun itu tersenarai dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kyrgyzstan di tempat lawan dan Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 6 dan 11 Jun depan.
"Saya boleh bermain di bahagian kiri dan kanan jadi saya boleh bermain di posisi itu jika diperlukan.

Hari kedua kem latihan kebangsaan : Masih dengan 18 pemain. 6 pemain JDT, Nooa Laine dari Selangor dan Dion Cools, Buriram FC masih belum lapor diri.@ASTROARENA pic.twitter.com/lFLwlmC7tz

— FinaNasrom (@fnasrom) May 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Latihan pertama agak mudah kerana kami bermain permainan, tetapi hari ini sedikit keras.
"Itu adalah sasaran dan harapan saya (berada dalam kesebelasan utama), saya akan cuba berusaha keras dalam latihan untuk bersama pasukan." katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia #Declan Lambert
;