Skuad bola sepak negara akan bertandang ke Taipei City bagi aksi Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Chinese Taipei malam esok.

Perlawanan ini penting untuk menentukan hala tuju Harimau Malaya dalam kempen kelayakan itu selepas membuka saingan dengan kemenangan 3-4 ke atas Kyrgyzstan pada Khamis lalu.

Persoalannya ketika ini, apakah akan ada penyokong Harimau Malaya yang akan memberikan sokongan secara langsung di Stadium Perbandaran Taipei pada hari perlawanan berkenaan.

Jika anda akan menghadiri perlawnaan itu, ayuh kongsikan gambar-gambar anda di Taiwan di ruangan komen Facebook dan X Astro Arena.

Anda boleh juga mengundi tinjauan atas talian kami seperti di bawah: