Peluang Indonesia untuk mara ke kejohanan utama Piala Dunia kelihatan cerah apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Arab Saudi dan Iraq bagi aksi pusingan kelayakan keempat pada Oktober depan.
Dalam majlis undian di AFC House, Kuala Lumpur sebentar tadi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman pula diletakkan dalam Kumpulan A.
Indonesia akan menentang tuan rumah, Arab Saudi, pada 8 Oktober depan disusuli aksi menentang Iraq tiga hari kemudian.
Sebagai rekod, Indonesia terikat 1-1 dengan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga kelayakan di Riyadh pada 6 September tahun lalu sebelum menewaskan lawan itu 2-0 di Jakarta pada 19 November 2024.
Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan utama di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dari 11 Jun hingga 19 julai 2026.
Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri dalam pusingan kelayakan kelima pada November depan untuk layak ke playoff antara benua.