Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Onana jadi punca lagi, Cameroon tewas kepada Cape Verde

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

onana-cameroon_1.jpg
Andre Onana melakukan satu lagi kesilapan apabila pasukannya Cameroon tumbang kepada kekalahan 1-0 menentang Cape Verde dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam.

Penjaga gol Manchester United itu telah melewati dua tahun sejak dia menyertai kancah Liga Perdana Inggeris dari Inter Milan pada musim panas 2023.

Dia melakukan banyak kesilapan di bawah kedua-dua pengendali, Erik ten Hag dan Ruben Amorim, dengan mungkin prestasi terburuknya ketika untuk United disingkir Grimsby Town dalam saingan Piala EFL.

Onana kini bakal menuju ke kelab Turki, Trabzonspor secara pinjaman selama semusim.

Onana adalah sebahagian daripada pasukan Cameroon termasuk Bryan Mbuemo dan Carlos Baleba yang ke Cape Verde bagi penentuan Kelayakan Piala Dunia.

Dan kesilapannya terbukti menghukum pasukan benua Afrika itu dalam misi melayakkan diri ke Piala Dunia di Amerika Syarikat.
 

Ia berlaku pada minit ke-53 apabila penyerang Cape Verde, Rocha Livramento, merampas bola di bahagian tengah sebelum melakukan larian melepasi benteng akhir Cameroon.

Menuju situasi satu lawan satu, Onana memilih kekal di garisan sebelum gagal menampan keluar rembatan Livramento.

Kemenangan Cape Verde menyaksikan mereka mengesahkan tempat mereka dalam Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Untuk rekod, Malaysia berjaya mengikat Cape Verde 1-1 dalam aksi persahabatan yang berlangsung Mei lalu.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video