Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Martinez pastikan Argentina lebar rekod tanpa kalah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lautaromartinez.jpg
ARGETINA 1 PERU 0

Argentina melebarkan rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan berturut-turut selepas gol tunggal Lautaro Martinez memastikan kemenangan 1-0 ke atas Peru dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Buenos Aires hari ini.

Gol tandukan Martinez pada minit ke-43 sudah cukup untuk Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pemburuan slot kelayakan automatik ke Qatar 2022.

Peru mempunyai peluang untuk meraih satu mata daripada perlawanan itu tetapi sepakan penalti Yoshimar Yotun pada minit ke-65 sekadar menggegarkan palang gol.

Argentina kendalian Lionel Scaloni -- yang kini berada di tangga kedua carta pusingan kelayakan -- kini ketinggalan enam mata di belakang pasukan pendahulu, Brazil.

Mereka akan meneruskan saingan dengan bertandang ke laman Uruguay pada 10 November depan manakala Peru pula akan menantikan kunjungan Bolvia pada hari yang sama.
 

Advertisement

Must Watch Video