Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Jerman dikejutkan Slovakia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wirtz.jpg
Jerman dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam aksi Kelayakan Piala Dunia di tempat lawan ketika Slovakia membuka kempen Kumpulan A mereka dengan kemenangan mengejut 2-0 di Bratislava.

David Hancko meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum separuh masa.

Penyerang Middlesbrough, David Strelec, melengkapkan kemenangan dengan gol kedua selepas 55 minit sekaligus menyaksikan pengendali Jerman, Julian Nagelsmann, mula mempersoalkan kredibiliti skuadnya.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan keempat Jerman dalam kelayakan Piala Dunia..
   

Advertisement

Must Watch Video