Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Itali bimbang tidak mampu jamin keselamatan pemain Israel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

i.jpeg
Pasukan bola sepak Israel berdepan tekanan dan isu keselamatan menjelang aksi seterusnya dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia 2026.

Terbaharu, Datuk Bandar Udine, Itali, Alberto Felice, memberi amaran bahawa kemungkinan besar pasukan keselamatan tidak mampu mengawal api kemarahan rakyat negara itu sebaik sahaja pasukan negara haram itu menjejakan kaki di bumi Itali.

Israel dijadualkan akan berdepan dengan pasukan Norway pada Sabtu ini manakala negara Zionis itu akan berdepan Itali pada Selasa dalam saingan kumpulan I.

Perlawanan pertama dijadual akan berlangsung di Stadium Ullevaal, Oslo manakala perlawanan dengan pasukan Itali pula dijangka akan berlangsung di Stadium Kelab Serie A, Udineze, di Stadium Friuli dengan kehadiran terhad.

Menurut Felice, kebelakangan ini protes besar berlaku sejurus sahaja rejim zionis itu bertindak memintas dan menculik kapal dan peserta misi bantuan kemanusiaan Sumud Flotilla sehingga menyebabkan sebahagian bandar-bandar dan pelabuhan di Itali lumpuh.

Justeru, api kemarahan itu kelihatan masih belum reda dan ia bakal mensasarkan pasukan bola sepak Israel setibanya mereka di negara itu.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku, jelas Felice, beliau telahpun mencadangkan agar tarikh perlawanan tersebut ditunda ke satu masa yang lain.

Namun malangnya cadangan yang dilontarkan itu tidak dipersetujui atas alasan yang tidak didedahkan.
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video