Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Ireland lakar kejutan, Ronaldo dilayang kad merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano.jpg
Ireland melakar kejutan besar apabila menewaskan Portugal 2-0, sekali gus mengekalkan peluang tipis melangkah ke Piala Dunia tahun depan dan memaksa juara Liga Negara-Negara Eropah itu menunggu untuk mengesahkan tiket automatik.

Ireland, yang tidak pernah layak ke kejohanan utama sejak sedekad lalu dan kali terakhir ke Piala Dunia pada 2002, memerlukan sekurang-kurangnya seri pada aksi Khamis untuk terus bersaing.

Bagaimanapun, dua jaringan Troy Parrott pada separuh masa pertama melengkapkan persembahan terbaik mereka dalam beberapa tahun.

Meskipun menang, Ireland masih perlu menewaskan Hungary di Budapest Ahad ini untuk merebut tempat ke playoff Mac depan, selepas Hungary menewaskan Armenia 1-0.

Portugal pula hanya memerlukan seri menentang Armenia untuk mengesahkan kelayakan automatik.

Bagaimanpun, mereka perlu melakukannya tanpa khidmat Cristiano Ronaldo, selepas kad kuning awal kerana menyiku pertahanan Ireland, Dara O’Shea, dinaik taraf kepada kad merah selepas semakan video -- kad merah pertama Ronaldo bersama Portugal dalam 226 penampilan.
   
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video