Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia

Muzaffar Musa
Jun 11, 2024 23:11 MYT
INDONESIA 2 FILIPINA 0
Indonesia sah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Thom Haye meletakkan Garuda di depan pada minit ke-32 sebelum Rizky Ridho menggandakan kelebihan itu pada minit ke-56.
Dengan kemenangan itu, Indonesia sah menduduki tempat kedua Kumpulan F dengan 10 mata, 15 mata di belakang juara kumpulan itu, Iraq.
Ini selepas Vietnam, yang masih berbaki satu perlawanan, tidak lagi dapat memintas kedudukan mereka selepas hanya mengumpulkan enam mata ketika ini.
Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia manakala dua pasukan terbawah sah gagal ke Piala Dunia dan perlu menempuh pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Berita Berkaitan: Ranking FIFA: Indonesia kembali atasi Malaysia
#bola sepak #Indonesia #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia
;