Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia ada peluang tapi tempang?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indon.jpg
Impian untuk ke Piala Dunia semakin membara apabila Indonesia diundi dalam Kumpulan B yang memberi harapan tinggi buat sejarah bola sepak negara itu.

Arab Saudi dan Iraq akan menjadi lawan Sang Garuda bagi perlawanan pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026, Oktober depan.

Sebagai rekod, Indonesia terikat 1-1 dengan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga kelayakan di Riyadh pada 6 September tahun lalu sebelum menewaskan lawan itu 2-0 di Jakarta pada 19 November 2024.

Sementara Iraq bakal menjadi penentu buat skuad kendalian Patrick Kluivert itu sama ada bakal layak secara merit atau tidak ekoran tewas dalam tiga aksi terakhir, sebelum ini.

 

Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan utama di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dari 11 Jun hingga 19 julai 2026.

Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri dalam pusingan kelayakan kelima pada November depan untuk layak ke playoff antara benua.

Namun, berita buruk melanda kem Indonesia apabila dijangka penyerang warisannya, Ole Romeny, yang menjadi ayam tambatan bakal terlepas mewakili negara itu. 

Pemain Oxford United itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki akibat dikasari pemain Arema dalam kejohanan Piala Presiden Indonesia, baru-baru ini. 

Tindakan itu menerima maklum balas yang memberangsangkan apabila ketiadaan Romeny bakal memberi kekurangan kepada Indonesia. 

Walaupun baru sahaja menjadi rekrut warisan terbaharu Indonesia, Romeny yang sudah melakukan empat penampilan berjaya menjaringkan tiga gol dan dianggap selaku ayam tambatan pasukan bimbingan Patrick Kluivert.

Advertisement

Must Watch Video