Bintang Qatar, Akram Afif, mendedahkan bahawa dia sengaja mengundang 'kemarahan' penyokong tempatan agar bertindak membaling objek ke dalam padang demi membuang masa ketika bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu.
Qatar memperoleh kemenangan 2-1 di Stadium Jassim bin Hamad di Doha itu dan mengungguli Kumpulan A untuk ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.
Juara Asia itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan tiket sementara keputusan seri sudah memadai untuk UAE mara.
Video yang tersebar dalam talian menunjukkan Afif memberi isyarat kepada penyokong lawan yang kemudiannya bertindak membaling botol air ke dalam padang di penghujung perlawanan.
"Hanya untuk membuang masa secara semula jadi.
"Secara jujur, saya memberitahu mereka agar membaling (objek) supaya kami dapat membuang masa," katanya dalam wawancara televisyen dengan akhbar Arab Saudi, Asharq Al-Awsat, dalam majlis Anugerah AFC di Riyadh semalam.
"Pada masa yang sama, saya meminta mereka berhenti supaya pengadil tidak menambah lagi (masa kecederaan)," tambahnya sambil tersenyum.
"Akhirnya, (kami meraih) tiga mata."
Ketegangan semakin memuncak apabila Pedro Miguel menjaringkan gol kedua buat Qatar pada minit ke-74, sekali gus mendorong penyokong UAE membaling botol dan cawan plastik sebelum perlawanan diteruskan.