Dalam aksi yang sangat dramatik di Stadium King Baudouin menyaksikan Kevin De Bruyne muncul sebagai penyelamat Belgium dengan gol kemenangan dua minit sebelum tamat ketika mereka mencatatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas Wales, awal pagi tadi.
Perlawanan yang penuh kontroversi itu menyaksikan dua sepakan penalti dan beberapa keputusan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mengambil masa hingga menggangu rentak perlawanan.
Penjaring terbanyak serpanjang zaman Belgium, Romelu Lukaku, membuka akaun jaringan terlebih dahulu seawal minit ke-15 menerusi sepakan penalti, diikuti jaringan kapten Youri Tielemans pada minit ke-19 dan Jeremy Doku pada minit ke-27.
Masuk babak kedua permainan, Wales tampil lebih ganas dengan berjaya mengikat Belgium 3-3 menerusi jaringan Harry Wilson, Sorba Thomas dan Brennan Johnson.
Pada minit ke-88, Kevin De Bruyne menjadi wira dengan tenang menjaringkan gol keempat buat Belgium sekali gus memastikan kemenangan dramatik pasukannya.