Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Croatia pesta jaringan benam Republik Czech

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

modric.jpg
Perlawanan Kumpulan L, Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Croatia melakar kenduri gol menewaskan Republik Czech, yang merupakan penduhulu saingan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Opus Arena, awal pagi tadi.

Croatia yang ternyata menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-44 menerusi Andrej Kramaric.

Bagaimanapun, Czech lega seketika apabila kedudukan itu berjaya disamakan oleh Tomas Soucek pada minit ke-58.

Kemudian, tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-62.

Malah, selang enam minit selepas itu, Ivan Perisic terus melebarkan kedudukan menajadi 3-1 sebelum Ante Budimir meledak gol keempat dan Andrej Kramaric menutup aksi dengan kemenangan 5-1.

Advertisement

Must Watch Video