Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Cara Tuchel kendali Bellingham dijangka jadi perbualan utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

england-football.png
Pengendali England, Thomas Tuchel memberi amaran Jude Bellingham perlu berusaha keras merebut kembali tempat dalam kesebelasan utama dalam skuad ke Piala Dunia.

Terdapat laporan mendakwa Bellingham kadangkala menjadi figura yang memecahbelahkan dalam skuad England dan Tuchel sebelum ini memohon maaf selepas mendedahkan ibunya menyifatkan kelakuan pemain itu di padang sebagai "menjengkelkan."

Selepas meledak 13 gol dalam tiga perlawanan terakhir, persembahan England kali ini lebih sederhana dan keputusan pengurus Thomas Tuchel untuk merehatkan Bellingham daripada kesebelasan utama berdepan Serbia menjadi tumpuan.

Tuchel memilih pemain tengah Aston Villa, Morgan Rogers berbanding Bellingham sebelum memasukkan bintang Real Madrid itu dengan berbaki 26 minit.

Bellingham terlepas empat aksi terdahulu susulan kecederaan bahu pada September sebelum diketepikan Tuchel pada Oktober.

Bukayo Saka dan Eberechi Eze meneruskan rekod cemerlang Three Lions pada kempen kelayakan Piala Dunia apabila menjaringkan gol menewaskan Serbia 2-0 awal pagi tadi.

England yang sudah layak lebih awal, meraih tujuh kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan K tanpa bolos.

Cara Tuchel menguruskan Bellingham dijangka menjadi perbualan utama menjelang kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

"Morgan layak berada di padang kerana dia mempamerkan tiga aksi luar biasa dan kami juga tidak pasti sama ada rancangan tekanan tinggi kami berjaya".

"Adalah tidak adil meminta Jude mencari rentak kerana kami mengubah gaya tekanan dalam dua kem latihan terakhir".

"Sebaik melihat formasi, barulah kami beri arahan tepat kepada Phil (Foden) dan Jude serta bawa mereka masuk dari bangku simpanan".

"Perlawanan menjadi sedikit terbuka. Bagus juga apabila tidak semuanya berjalan mudah, jadi kami perlu menunggu lama untuk gol penentu,  kata Tuchel".
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video