Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Aksi Malaysia-Kyrgyzstan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-kyrgiyzstan.jpg
Malaysia dijadualkan bertemu Kyrgyzstan dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), pihak itu menerima baik keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue aksi pembukaan kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Malaysia menentang Kyrgysztan pada 16 November nanti.

Setelah mengambil kira pandangan kontraktor rumput dan FAM melalui lawatan tapak bersama dan keadaan padang adalah lebih baik daripada dua perlawanan sebelum ini dan sesuai untuk digunakan, maklumbalas ini telah dipersembahkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.

PSM menjunjung kasih ke bawah DYAM Tunku atas perkenan yang telah diberikan untuk perlawanan pada 16 November diteruskan di SNBJ.

PSM akan kekal komited untuk memastikan padang SNBJ berada dalam keadaan terbaik untuk pasukan Harimau Malaya dan terus bekerjasama dengan pihak kontraktor padang bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Untuk rekod, Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang dianjurkan pada 13 hingga 17 Oktober lalu merupakan aksi kompetitif pertama di SNBJ selepas venue itu menukar permukaan padang menggunakan rumput 'Zeon Zoysia' dan menyaksikan skuad negara tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam aksi final.

Advertisement

Must Watch Video