Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Oman pecat ketua jurulatih, Branko Ivankovic
Ammar Hakim
Januari 26, 2024 15:53 MYT
Januari 26, 2024 15:53 MYT
Pasukan kebangsaan Oman mengambil keputusan untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Branko Ivankovic, susulan kegagalan pasukan untuk meneruskan saingan ke pusingan 16 saingan Piala Asia Qatar.
Dua keputusan seri dan satu kalah merangkumkan perjalanan Oman di Qatar sekaligus gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 yang ternyata sesuatu yang tidak dapat diterima apabila badan induk pasukan kebangsaan itu mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat Ivankovic.
Ketua jurulatih Oman, Branko Ivankovic dipecat selepas pasukan gagal mara ke pusingan seterusnya Piala Asia 2023. Ada peluang untuk Malaysia bulan Mac nanti!
— Dito (@MisdiantoD) January 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia bakal berdepan dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 26 Mac nanti.
Petanda baik buat Harimau Malaya?