Pasukan kebangsaan Oman mengambil keputusan untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Branko Ivankovic, susulan kegagalan pasukan untuk meneruskan saingan ke pusingan 16 saingan Piala Asia Qatar.

Dua keputusan seri dan satu kalah merangkumkan perjalanan Oman di Qatar sekaligus gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 yang ternyata sesuatu yang tidak dapat diterima apabila badan induk pasukan kebangsaan itu mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat Ivankovic.


Malaysia bakal berdepan dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 26 Mac nanti.

Petanda baik buat Harimau Malaya?