WC QUALIFYING
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Aura pemain ke-12 jadi sandaran Harimau Malaya
Aura pemain ke-12 jadi sandaran Harimau Malaya dengan rata-rata penyokong Malaysia menzahirkan rasa optimis skuad negara dalam menerbitkan keputusan positif dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan Khamis ini.
Nada sama turut disuarakan pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri yang menyifatkan tiga mata penuh jadi keutamaan skuad kendalian Kim Pan-gon dalam memperoleh konsistensi dalam kempen kelayakan kali ini.
"Perlawanan ini akan jadi penanda aras dalam misi kelayakan piala dunia" -- itu reaksi bekas pemain kebangsaan, Asmawi yang menganggap perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan adalah tugas penting buat skuad negara.
Iklan
Menurutnya lagi, dengan momentum kecemerlangan daripada setiap pemain yang menyahut semboyan negara mampu mengukir senyuman di Stadium Bukit Jalil, Khamis ini.
"Perkara terbaik adalah momentum beraksi di Bukit Jalil, meneruskan rentak positif dalam saingan kelayakan sebelum bertandang ke Taipei," kata Asmawi menerusi Nadi Arena.
Tambah Asmawi lagi, jentera pertahanan wajib diberikan lebih fokus untuk memastikan kekebalan gawang Harimau Malaya terjaga sepanjang 90 minit pertempuran.
"Kim Pan-gon ternyata memiliki garapan terbaik untuk pasukannya untuk perlawanan ini, terutama di bahagian pertahanan dan saya pasti kelibat Syihan Hazmi Mohamed akan kekal dalam kesebelasan utama."
Must-Watch Video