Brazil dikejutkan Venezuela di Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan apabila seri 1-1 di Stadium Monumental de Maturin.
Pada minit ke-43, Raphina terlebih dahulu meletakkan Skuad Samba di hadapan menerusi sepakan percuma yang berjaya menerobosi gawang Venezuela.
Memasuki separuh masa kedua, Telasco Segovia berjaya menyamakan kedudukan selepas mendapat umpanan cantik daripada Jefferson Savarino.
Brazil mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Vinicius Junior dijatuhkan dalam kotak penalti.
Namun, Vinicius gagal menyempurnakan penalti itu, sekali gus memaksa Brazil berkongsi satu mata bersama Venezuela.
Kamal Nizam
Fri Nov 15 2024