Mantan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong, tidak ketinggalan menyaksikan kekalahan bekas pasukannya di tangan Australia di Sydney, semalam.
Dia yang berasal dari Korea Selatan itu dijemput menonton perlawanan tersebut di sebuah bandar di Indonesia bersama-sama penyokong.
Rata-rata penyokong meluahkan rasa tidak puas hati dengan corak permainan yang dipamerkan di bawah seliaan jurulatih baru, Patrick Kluivert, meskipun baru mengendalikan satu perlawanan.
"Saya berpendapat bahawa mereka tidak memiliki banyak waktu untuk melakukan persiapan.
Ketika ditanya oleh wartawan tempatan mengenai hubungan bersama Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Shin Tae-yong tidak menyembunyikan bahawa masih terdapat pertegangan antara dirinya dan persatuan tersebut.
"Akan dibicarakan kemudian.
"Masih belum diselesaikan dengan sempurna," tambahnya.
Turut diminta mengulas berkenaan pemain tempatan yang tidak dipanggil menyertai kem kebangsaan seperti Asnawi Mangkualam Bahar dan Witan Sulaeman, Shin Tae-yong enggan memberikan komen.
"Saya tiada komen, terima kasih," katanya lagi.