Emiriah Arab Bersatu (UAE) meraih kemenangan 3-1 ke atas juara Piala Asia 2023, Qatar, dalam aksi pembukaan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia.
Setelah menikmati beberapa tahun yang luar biasa dalam dunia bola sepak, dari menang piala asia berturut-turut pada 2019 dan 2023 sehingga ke pentas Piala Dunia buat kali pertama ketika menjadi tuan rumah pada edisi 2022.
Harapan Qatar untuk jejak ke pentas berprestij itu buat kali kedua tampak menyerlah ketika berjaya membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi sepakan Ibrahim Mohammad Al Hassan Ibrahim Mohammad Ali.
Namun, gol tersebut hanya bertahan hingga waktu rehat, sebelum UAE mendominasi babak kedua -- bermula pada jaringan lewat Harib Abdalla untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Kemudian, pelawat terus menambah duka Qatar dengan tambahan dua lagi jaringan masing-masing menerusi Khaled Ibrahim pada minit ke-80 diikuti Ali Saleh pada masa tambahan untuk tutup perlawanan dengan tiga mata penu
Sabrina Mustaffa
Fri Sep 06 2024