BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027: KBS sediakan skrin besar buat penyokong Harimau Malaya
Penyokong Harimau Malaya yang tidak dapat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Kyrgystan malam esok tidak perlu gusar memandangkan mereka juga mampu untuki turut sama menonton aksi tersebut secara beramai-ramai menerusi tayangan skrin besar di seluruh negara.
Kementerian Belia Dan Sukan bakal menyediakan tayangan skrin besar kepada penyokong di 16 lokasi yang telah dipilih bagi memberikan lebih pilihan buat mereka.
Berikut adalah senarai lokasi yang telah ditetapkan:
- Dataran Putrajaya, Persint 3
- PPR Muhibbah, Seputeh
- SACC Mall, Shah Alam
- Ipoh Night Market
- Arena Dato' Manan, Kuantan
- Dewan Serbaguna Perumahan Giat MARA Bukit Payung, Marang
- Padang Kawad USM, Gelugor
- Esport Youth Cabin, Kepala Batas
- Maydin Mall Tanjung Kota Bharu
- Time Square Mall, Bintulu
- Funky Farm Food Court, Kota Kinabalu
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan
- Ngepot Kabin Kampung Masjid Lama, Kluang
- Perkarangan parkir UiTM Kampus Bandaraya Melaka
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah
- Mini Stadium Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Tayangan akan bermula pada jam 9.00 malam Khamis ini.