Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Patrick Kluivert sudah tidak sabar untuk menyaksikan anak buahnya berentap dengan Australia 20 Mac ini dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi saingan kumpulan C.
Kluivert menyatakan kepada media bahawa dia telah melakukan susunan terakhir barisan pemain terbaiknya yang difikirkan mampu menjelmakan kejutan dalam aksi itu nanti.
Jurulatih berusia 48 tahun itu sudahpun melengkapkan senari 27 pemain yang dimiliki untuk menggalas cabaran kali ini.
"Ya Sekarang anda tahu dengan prestasi semua pemain ketika ini berada pada tahap terbaik dan tersusun. Dan kekuatan yang dimiliki kini semakin kelihatan dan saya sudah pastinya tidak sabar lagi untuk memulakan aksi bersama pemain yang ada." Jelas Kluivert.
Kluivert juga tidak segan untuk menyuarakan rasa optimis bahawa mereka mampu menundukkan Australia di hadapan penyokong mereka sendiri.
Skuad Garuda akan terbang ke Sydney untuk berdepan dengan Australia sebelum bakal melayani kunjungan Bahrain dalam aksi seterusnya di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 5 Mac ini
Pertemuan dengan Australia adalah ujian pertama Kluivert sejak mengambil alih pasukan kebangsaan Indonesia pada Januari lalu.