Sultan Al-Ghannam melepaskan rembatan pada minit ke-94 dalam perlawanan Kumpulan C di AAMI Park, namun sambutan gol tersebut terpaksa dihentikan kerana terdapat pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Pengadil perlawanan, Ali Saeed Al Naqbi, terlebih dahulu memberikan sepakan penalti pada minit ke-12 atas kekasaran Ahmed Al-Kassar terhadap Mitch Duke, di mana kemudian dibatalkan.
Ulang tayang menunjukkan insiden tersebut berlaku di luar kotak penalti, namun Australia berasakan penjaga gol Saudi itu seharusnya dilayangkan kad merah berbanding kad kuningn yang diberikan.
Joe Gauci menafikan dua percubaan dalam separuh masa pertama, sementara Australia yang memiliki lebih banyak peluang untuk mendapatkan kemenangan di penghujung permainan.
Brandon Borrello diberikan lorongan yang cukup baik namun memilih untuk melakukan hantaran kepada Riley McGree, yang gagal untuk mengatasi pertahanan Saud Abdulhamid.
FT | A hard-fought clash ends all square.#AUSvKSA #Socceroos pic.twitter.com/ROKA9nLpqs
— Subway Socceroos (@Socceroos) November 14, 2024