Kelayakan Piala Dunia 2026: China buat Indonesia berputih mata

Ammar Hakim
Oktober 15, 2024 22:23 MYT
China berjaya memastikan peluang mereka masih terbuka dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Qingdao sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi malam ini mencari kemenangan bagi membuka peluang mereka untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.
Indonesia sebelum ini sekadar meraih keputusan seri dalam tiga perlawanan -- seri 1-1 dengan Australia, Arab Saudi dan Bahrain.
China yang berbekalkan penyokong tuan rumah mempamerkan corak permainan yang cukup bertenaga, gerakan pantas yang kerap kali menghadirkan ancaman.
Gol pertama berjaya terhasil menerusi Behram Abduwelli menyempurnakan jaringan dari jarak dekat menewaskan penjaga gol, Maarten Paes.
Skuad kendalian Shin Tae-yong berusaha untuk memperkemaskan corak permainan menerusi kawalan permainan yang ditampilkan, bagaimanapun hantaran mereka lakukan berjaya dipintas China sebelum melancarkan serangan balas yang disempurnakan Zhang Yuning dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Indonesia tidak memperlahankan rentak permainan dalam usaha mengejar permainan, sehinggalah berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Thom Haye, yang menerima balingan jarak jauh daripada Arhan Pratama pada minit ke-86.
Sembilan minit masa kecederaan yang diberikan pengadil gagal menghasilkan jaringan tambahan sekaligus menyaksikan Indonesia terpaksa menamatkan perlawanan dengan kekalahan.
Selepas empat perlawanan, Indonesia mengutip tiga mata dan menghuni tangga keempat manakala China memperoleh kemenangan pertama mereka.

[FIFA Rankings update] 2026 FIFA World Cup qualification ?? China PR 2-1 ?? Indonesia Points after match ?? 1257.29 (+ 9.69) ?? 1118.87 (- 9.69) Rankings after match ?? 93 (⬆️ 1) ?? 130 (⬇️ 3)#FIFARankings #WCQ #AsianQualifiers

— Footy Rankings (@FootyRankings) October 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Indonesia #kelayakan Piala Dunia
;