Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Dijangka anjak ke Jun, FAM tetap bersedia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stream-english-football-games-with-expressvpn.jpg
Isu melibatkan pandemik Covid-19 bukan sahaja melibatkan Malaysia namun hampir keseluruhan rantau Asia, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengenai persiapan dan penganjuran saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

"Bukan sahaja rantau ini namun hampir keseluruhan Asia terpalit dengan masalah pandemik ini. Jadi saya agak bimbang mengenai situasi dialami oleh semua negara di Asia dan keputusan perlu diambil oleh pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pihak FAM sudah bersedia dengan langkah yang terbaik," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

"Kami sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia. Jika perlawanan tetap dilangsungkan pada bulan depan, kami akan sentiasa membuat perancangan dan memastikan perlawanan di tempat sendiri dan lawan nanti."

Bagi ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, "Pemain-pemain perlu berada di tahap terbaik sebaik kami menjalani persiapan untuk saingan antarabangsa. Buat masa ini, diharapkan mereka membuat latihan fizikal seperti yang telah disediakan oleh pihak kelab masing-masing." 

Advertisement

Must Watch Video