Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Corbin bersedia fizikal, mental hadapi Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

corbin.jpg
'Tekanan memang ada tapi saya sudah biasa', itu mungkin mesej yang cuba disampaikan pemain kacukan Malaysia-Barbados, La'Vere Corbin-Ong, apabila menjadi satu-satunya pertahanan kiri tulen dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.

Mengakui sudah sedia fizikal dan mental sebagai taruhan utama untuk dua perlawanan berikutnya, Corbin juga mahu manfaat kelebihannya menerusi hantaran bola jauh bertemu Vietnam Jumaat ini.

"Sebagai pemain bola sepak, tekanan sentiasa ada beraksi di mana-mana posisi kerana sebab itu semua pemain bersedia untuk menghadapi setiap perlawanan," katanya

"Sama ada jurulatih Tan Cheng Hoe menurunkan saya atau sebaliknya, saya sentiasa bersedia untuk beraksi.

"Vietnam memiliki permainan yang berkualiti, sangat berdisiplin, bermain sebagai satu unit namun kami juga akan menggunakan kelebihan kami ketika bertemu mereka nanti."

Advertisement

Must Watch Video