Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2018: AS rancang perubahan berdepan Mexico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

11617dempsey-clint.jpg
Mexico akan kehilangan tiga pemain utama apabila mereka menghadapi Amerika Syarikat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Estadio Azteca di Bandaraya Mexico  hari ini, kata jurulatih, Juan Carlos Osorio, kepada TV Azteca (melalui ESPN FC).

Rafa Marquez, Andres Guardado dan Miguel Layun tidak akan bermain untuk El Tri menentang pesaing CONCACAF mereka dan mula berlatih dengan pasukan apabila tiba di Russia minggu depan untuk Piala Konfederasi.

"Pelan perubatan untuk hari ini adalah melakukan tanpa mereka dan kemudian memulakan latihan dengan mereka dalam kumpulan pada esok atau Selasa di Russia," kata Osorio.

Tiada seorang pun daripada tiga pemain bermain dalam kemenangan 3-0 Mexico ke atas Honduras pada 8 Jun lalu. Malah, Marquez sebenarnya hanya bermain 22 minit sejak kembali daripada pembedahan pada April.

Sementara itu, dengan hanya memiliki rehat dua hari di antara dua perlawanan, jurulatih AS, Bruce Arena, merancang untuk menukar skuad yang digunakannya dalam kemenangan 2-0 ke atas  Trinidad & Tobago di Denver, Khamis lalu.

"Saya fikir ia agak sama dengan kelab dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), di mana anda bergerak dengan jarak jauh dalam masa singkat dan bermain dua perlawanan," kata Arena kepada Associated Press. "Bagaimanapun, pasukan kelab biasanya tidak mempunyai penekanan seperti program pasukan kebangsaan ada."

Christian Pulisic, yang menemui kedua-dua gol menentang Trinidad & Tobago dan telah menjaringkan atau membuat bantuan gol dalam tujuh daripada lapan gol terakhir AS, dijangka kekal dalam barisan dan dilihat mempunyai masalah bermain 90 minit.

"Saya masih muda," kata pemain tengah berusia 18 tahun itu. "(Mexico adalah) pasukan yang baik dan tidak mudah untuk mengalahkan mereka di tempat mereka. Ia akan mengambil masa yang lebih, tetapi saya fikir dengan pemain yang kami ada dan keyakinan yang kami ada, tidak ada sebab kenapa kami tidak boleh melakukannya."

Arena mungkin merehatkan Clint Dempsey walaupun pemain berusia 34 tahun itu hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat rekod gol antarabangsa Landon Donovan sebanyak 57. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video