Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia Wanita: Juara tiga kali, Korea Utara, Palestin halangan terbesar Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wanita1.jpg
Cabaran getir menanti skuad kendalian Soleen Al-Zoubi apabila diundi bersama pasukan hebat dalam Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 di Bukit Jalil, hari ini.

Pasukan bola sepak wanita negara bakal bertemu gergasi kesembilan terbaik dunia, Korea Utara, yang dilihat menjadi halangan utama untuk ke kejohanan paling berprestij itu.

Selain juara Piala Asia Wanita tiga kali itu, Malayan Tigress turut berhadapan tugas sukar tatkala Palestin dan Tajikistan mahu menyimpan misi yang sama. 




Kempen tersebut akan berlangsung di Tajikistan sebagai tuan rumah yang akan bermula 23 Jun hingga 5 Julai depan. 

Mengikut format yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hanya johan kumpulan akan mara ke pusingan akhir.

Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.

Advertisement

Must Watch Video