Skuad Nadeshiko Japan meranapkan impian Malaysia apabila menumpaskan Malayan Tigress dengan keputusan 16-0.
Malayan Tigress membariskan Diana Syafiqah di bahagian penjaga gol dan Fatin Najiha di posisi pertahanan manakala Tegen Butler mengetuai jentera serangan skuad Malaysia pada malam ini.
Selain itu, Jepun menurunkan Hinaha Ishida di bahagian penjaga gol dan Asoka Furuta selaku ayam tambatan bagi merobek gawang Malaysia manakala Miharu Shinjo sebagai kapten pasukan malam ini.
Jepun yang bermula garang dengan melancarkan beberapa serangan bahaya seawal 5 minit pertama akhirnya membuahkan hasil apabila Anon Tsuda meledak gol dari depan gawang Malaysia.
Skuad Nadeshiko Japan yang terus mendominasi permainan dilihat sangat selesa mengawal permainan walaupun berdepan pasukan tuan rumah.
Berselang beberapa minit, skuad Jepun terus menambah jaringan menerusi pemain bernombor 7, Mao Itamura bagi memastikan skuad tersebut mendahului dengan dua jaringan.
Perlawanan yang dilihat tampak di kuasai penuh oleh pasukan Jepun menyaksikan Malaysia sukar memasuki padang permainan Jepun dalam tempoh yang lama.
Jepun terus menambah derita skuad Malayan Tigress apabila Mao Itamura sekali lagi menambah jaringan bagi memastikan tiga mata penuh dibawa pulang.
Malaysia yang dilihat gagal menguasai bola dalam tempoh beberapa minit terpaksa menerima hukuman jaringan keempat oleh pemain serangan Jepun, Anon Tsuda.
Jepun yang tidak mengendurkan serangan walaupun sudah mendahului 4 jaringan berjaya memecahkan gol ke 5 menerusi sekali lagi oleh Anon Tsuda yang berjaya mencatat hatrik seawal separuh masa pertama.
Skuad Nadeshiko Japan terus mengasak gawang Malaysia walaupun mendahului selesa di hadapan apabila Mao Itamura menjaringkan gol ketiga beliau pada malam ini bagi menjadi pemain kedua dari Jepun mencatatkan hatrik.
Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 7-0 apabila Asoka Furuta menambah luka skuad Malayan Tigress pada minit kecederaaan.
Bermula separuh masa kedua, skuad Jepun tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Asoka Furuta meledak jaringan kedua beliau pada perlawanan ini.
Seterusnya, pasukan Malaysia berjaya mencipta serangan namun percubaan tidak menepati sasaran.
Skuad Jepun terus mencetak jaringan gol apabila pemain bernombor 8, So Kojima terus menambah kesakitan Malaysian Tigress dengan jaringan ke 9.
So Kojima sekali lagi memecahkan jaringan kedua beliau pada malam ini bagi membuktikan skuad Nadeshiko Japan merupakan raja bola sepak wanita di Asia.
Selain itu, Anon Tsuda berjaya mencetak jaringan keempat beliau bagi menjadikan skuad Jepun mendahului Malaysia 11 jaringan di hadapan.
Pemain Jepun terus mencetak jaringan ke 12 menerusi pemain bernombor 16, Sawa Tsuge bagi memastikan Jepun selesa di hadapan.
Jepun atau Nadeshiko Japan masih bernafsu mencipta jaringan apabila Yuka Kurimoto terus menambah dua jaringan bagi skuad Jepun mendahului dengan jumlah jaringan yang besar.
Skuad Jepun sekali lagi menambah jaringan menerusi pemain bernombor 8, So Kojima bagi memastikan tiga mata mutlak menjadi milik mereka.
Jepun berjaya menundukkan skuad Malaysia dengan keputusan penuh 16-0 hasil jaringan pemain bernombor 13, Asoka Furuta pada aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.-MB