MALAYSIA 2 GUAM 0
Malayan Tigress menebus dua kekecewaan awal dengan menumbangkan Guam 2-0 bagi menutup kempen Kumpulan F, kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026, sebentar tadi.
Selepas tewas kepada Jepun dan Iran, anak buah Cameron Ng tidak rela perlawanan ini menjadi sekadar pelengkap jadual.
Sekalipun aksi agak seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan menerusi tempo permainan yang berhati-hati apabila hanya sesekali menguji lawan di zon merbahaya.
Namun, taktikal pasukan negara mula berubah dalam babak kedua apabila lebih garang menyerang yang akhirnya diterjemahkan dalam bentuk jaringan.
Kaseh Carmila Az Zahra Ridhuwan menjadi pemain pertama negara yang mencetak nama selaku penjaring dalam kejohanan ini.
Dan 5 minit sebelum tamat permainan, dia sekali meledak gol hasil kesilapan pertahanan lawan, sekali gus mengelak daripada terpelosok di tangga tercorot.