Kehangatan pertembungan Kumpulan F membabitkan Harimau Malaya bertemu musuh tradisi, Vietnam, semakin dirasai tatkala penonton tidak sabar hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 10 Jun ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski harus memburu kemenangan kedua di tempat sendiri selepas menewaskan Nepal dalam perlawanan terdahulu untuk menjarakkan penguasaan berbanding Vietnam.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan sedang berkongsi mata memandangkan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 itu hanya mencari pemenang setiap kumpulan untuk menempah tiket ke Arab Saudi.
Ketika Persidangan ASEAN yang menghimpunkan negara rantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melaungkan amaran dengan nada gurauan kepada ketua negara Vietanam, Pham Minh Chinh, supaya berjaga-jaga dengan kebangkitan skuad kebangsaan.
"Saya telah memaklumkan Perdana Menteri, Pham Minh Chinh, jangan terlalu yakin kerana kami benar-benar memberikan segalanya kali ini dan sangat bersedia.
"Vietnam mempunyai pasukan yang sangat hebat, Ia adalah satu pertarungan yang sukar, tetapi kami mempunyai pasukan kami yang penuh semangat, ketabahan.
"Saya memberitahunya jika kami menang, saya akan menghubunginya. Jika tidak, saya akan tidur sahaja," katanya sambil ketawa bersama Chinh.
Ucapan tersebut memberi gambaran jelas bahawa Ketua Kerajaan Malaysia itu berkemungkinan akan hadir menyaksikan Harimau Malaya menentang juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 itu.

? Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia ?? jokingly told to Pham Minh Chinh, Prime Minister of Vietnam ?? ahead of the ACQ 2027 Qualifiers clash on June 10.
— SNE Sports (@SNE_Sports) May 26, 2025
? : @anwaribrahim #ACQ2027 #MASvVIE #Malaysia #Vietnam #AnwarIbrahim#SNESports#LifeTelco#KelmeMalaysia pic.twitter.com/GmHfnRpy4q