Harimau Malaya akan bertemu Nepal buat kali kedua dalam saingan Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November ini.
Ia, selepas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, sebelum ini mengesahkan perlawanan tersebut berlangsung di Kuala Lumpur (KL) susulan ketidaksediaan venue menjadi punca utama yang sepatutnya dianjurkan oleh Nepal di laman sendiri itu, tidak dapat dijalankan.
Selepas menjalani dua sesi pemeriksaan, Stadium Dasharat yang terletak di Wilayah Kathmandu, Nepal itu tidak menepati piawaian yang ditetapkan AFC menurut Windsor.
Dalam masa sama, ia akan menjadi aksi terakhir Malaysia sebagai tuan rumah dalam kempen itu.
Pertemuan terakhir bertemu Vietnam akan dimainkan di tempat lawan pada Mac tahun hadapan.
Untuk rekod, skuad kebangsaan menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pertama pusingan Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim Mac lalu menerusi jaringan Hector Hevel dan Corbin Ong.
Meskipun sedang berdepan krisis hukuman dan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh bintang warisan negara, ia tidak menggugat persiapan kem negara menghadapi cabaran Nepal.
Tanpa tonggak diaspora negara, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, sedang merencana strategi terbaik dengan bakal mengumumkan senarai panggilan pemain dalam masa terdekat.
Terdahulu, Cklamovski memperoleh dua kemenangan penting menentang Laos walaupun tanpa kehadiran tujuh pemain terbabit.
Sama-sama kita saksikan siapakah pemain yang akan dipanggil.

50% OFF Nike Mercurial Superfly
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang