Tonggak tengah negara, Syamer Kutty Abba, berkata dia hanya fokus kepada persiapan dirinya menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Selasa depan.
Baginya, untuk berada dalam kesebelasan utama bukanlah satu isu besar asalkan ia merupakan sesuatu terbaik buat skuad kebangsaaan.
Terdahulu, dua pemain warisan baru negara, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menyertai sesi latihan skuad kebangsaan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam.
Hevel, 28, merupakan perancang kelahiran Belanda yang kini sedang mewakili kelab Portugal, Portimonense.
Palmero, 23, pula merupakan pertahanan kiri kelahiran La Palma, Sepanyol yang kini mewakili CD Tenerife B dalam Liga Segunda Federacion.
"Sudah semestinya ia akan menjadi persaingan yang lebih sihat di setiap posisi kerana kehadiran pemain warisan ini akan meningkatkan lagi persaingan itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan juga prestasi pasukan secara keseluruhan.
"Saya harap kehadiran pemain-pemain baru ini akan menaikkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Tugas saya di atas padang dan setiap sesi latihan adalah untuk memberikan yang sebaik mungkin.
"Sama ada saya terpilih atau tidak (dalam kesebelasan utama), ia terletak di tangan dan tanggungjawab jurulatih.
"Saya mahu belajar dan memanfaatkan apa yang mereka tawarkan kepada saya," katanya.