WC QUALIFYING

Kelayakan Piala Asia: Sunil Chhetri kembali daripada persaraan

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
07/03/2025
13:39 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Asia: Sunil Chhetri kembali daripada persaraan
Pemain legenda bola sepak India, Sunil Chhetri, kembali menyertai pasukan kebangsaan pada usia 40 tahun selepas menggantung butnya sembilan bulan lalu.
Kali terakhir bekas kapten itu yang merupakan penjaring gol antarabangsa keempat tertinggi mewakili India pada Jun 2024 dalam kelayakan Piala Dunia.
Di hadapan hampir 59,000 penyokong di Kolkata ketika itu, naluri hatinya berkata bahawa perlawanan menentang Kuwait adalah yang terakhir.
Dan semalam, ketua jurulatih India, Manolo Marquez, mengumumkan kepulangan pemain terbanyak yang beraksi untuk India itu untuk membantu negara itu layak ke Piala Asia 2027.
“Kelayakan ke Piala Asia adalah sangat penting bagi kami.
"Memandangkan kepentingan kejohanan dan perlawanan akan datang, saya telah berbincang dengan Sunil Chhetri tentang membuat kemunculan semula bagi mengukuhkan pasukan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan daripada Persekutuan Bola Sepak Seluruh India.
"Dia bersetuju, jadi kami telah menyenaraikannya ke dalam skuad."
India akan menentang Maldives dalam sebuah perlawanan persahabatan pada 19 Mac sebagai persediaan menghadapi Bangladesh pada 25 Mac dalam kelayakan Piala Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video