Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Stuart Wilkin atau Hector Hevel jeneral tengah Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector.jpg
Perancang tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, enggan berasa terancam dengan kehadiran dua pemain baru terutamanya Hector Hevel yang akan bertindak selaku jeneral tengah baharu skuad kebangsaan.

Sebaliknya tonggak Sabah berusia 27 tahun itu menegaskan kehadiran Hevel mewujudkan persaingan sihat untuk merebut tempat sekaligus menambah kualiti pasukan bagi melunaskan misi ke Piala Asia Arab Saudi pada 2027 nanti.






"Saya rasa ia sangat kompetitif ketika sesi latihan kerana banyak pemain yang bagus dalam skuad kebangsaan, persaingan sangat tinggi tetapi saya rasa ia perkara yang bagus untuk meningkatkan potensi pasukan negara.

"Ia juga satu persaingan yang sihat untuk merebut tempat dalam pasukan adalah sesuatu yang baik, dan pastinya akan menarik untuk dilihat pada masa hadapan.

Advertisement

Must Watch Video