Malaysia wajib menumpaskan Korea Utara untuk ke Piala Asia 2026 secara merit, malam ini.
Selepas mencatatkan dua kemenangan berdepan Palestin dan tuan rumah, Tajikistan, skuad kendalian Joel Cornelli dalam landasan terbaik untuk mencipta sejarah dalam kempen kelayakan ini apabila menduduki tempat kedua Kumpulan H.
Namun, di sebalik harapan tinggi itu, Malayan Tigress harus mengekang asakan pasukan di ranking kesembilan dunia itu yang sudah pasti menjadi pilihan untuk menewaskan skuad negara.
Mengikut format yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hanya johan kumpulan akan mara ke pusingan akhir.
Berpandukan kiraan kedudukan, kedua-dua pasukan sedang berkongsi mata, tetapi Korea Utara memiliki kelebihan jaringan jika meraih keputusan seri hari ini.
Misi hidup mati skuad yang diketuai pemain Kelana United, Steffi Sidhu, untuk menoktahkan permainan dengan tiga mata penuh. Tiada apa yang mustahil!
Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.
SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING KOREA UTARA VS MALAYSIA
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Youtube bermula pada jam 10.00 malam ini.
Tekan link ini untuk menonton: https://www.youtube.com/live/hvw-DrFOqLk
Venue: Stadium Central, Dushanbe
Masa: 10.00 malam
Saluran: Youtube

Hari Perlawanan!
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 5, 2025
Kumpulan H • Kelayakan Piala Asia Wanita 2026
⚽ KOREA UTARA ?? ? ?? MALAYSIA
?️ Sabtu, 5 Julai 2025
? 7.00 malam (TJ) ? 10.00 malam (MY)
? Stadium Central, Dushanbe
?️ Live di https://t.co/3T3mQn6kFi#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/ETrZ2Ae1mt