Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Seret pemain negara ketika cedera, Intan Sarah 'gaduh' dengan tonggak Tajikistan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

intan.jpg
Kemenangan Malayan Tigress ke atas skuad tuan rumah, Tajikistan, dicemari dengan insiden panas melibatkan ketua pasukan negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli, dan tonggak pihak lawan dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia, semalam. 

Malaysia meneruskan rentak kecemerlangan apabila mencatatkan enam mata dalam Kumpulan H dengan menundukkan Tajikistan dan Palestin. 

Harapan ke kejohanan berprestij tahun hadapan itu semakin bernyala dengan, namun perlu berjumpa kuasa besar bola sepak wanita dunia, Korea Utara, sebagai halangan terakhir. 

Di sebalik keterujaan itu, skuad bimbingan Joel Cornelli mengalami sedikit pergelutan pada minit akhir permainan dengan tonggak Tajikistan melakukan provokasi terhadap pemain negara yang sedang mengalami kecederaan. 




Ketika memasuki masa tambahan, Eusvewana yang kelihatan mengalami kekejangan otot mengakibatkan ketidakpuashatian pasukan tuan rumah yang sedang bertarung dengan waktu yang semakin mencemburui mereka.

Melihat drama yang sedang berlaku, Eusvewana diseret diminta keluar kerana melambatkan permainan. Dan ini sekali gus, menimbulkan kemarahan Intan Sarah yang mempertahankan rakan sepasukannya. 

Tolak-menolak berlaku sebagai tanda protes dan akhirnya pemain Tajikistan dilayangkan kad kuning. 

Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.
 

Advertisement

Must Watch Video